BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 6, 2010

Macam - macam

Sempena kemasukan tahun baru islam ni, macam - macam jadi kat Malaysia terutamanya scene politik.

1. Demonstrasi air oleh Kerajaan Negeri Selangor. Best, tapi xde kawan nak join. Tapi kesian lah, bukannya diorang demo baling batu ke baling bom tangan ke, tu pun polis ngan fru nak baling gas pemedih mata la siap tembak pakai air lagi. Hurm, x kan nak tuntut hak air pun kena macam tuh. Bukan nak sebelahkan mana2 parti, tapi bila jadi penindasan atas perkara yang dianggap hak dah jadi perniagaan(ayat pusing2) wajarlah diorang bertindak.


2. Ketuanan Melayu yang diagung2 kan sangat. Ada kawan rapat aku kata kalau org melayu jumud kat malaysia ni sibuk cite sal ketuanan melayu, tengok dulu siapa yang jahanamkan melayu. Pakaian pun x serupa melayu. Makan belacan ala2 melayu pun dah malu. Cakap bahasa melayu pun dah gagap2. Padahal kat ic tulis melayu. Aku setuju butir bicara dia. Mana letak ketuanan melayu kalau orang melayu sibuk meranapkan bangsa sendiri? Tak percaya? Orang melayu sendiri yang sokong sangat PPSMI, org melayu sendiri yang sibuk buat movie2 yang mengarut. Klau xde cium2 peluk2 rempit dadah bohsia mesti x sah. Paling tidak pun cerita pasal gengster. Memang la benda ni jadi kat  real life, tapi kan x fikir ke benda2 ini adalah pendorong kepada moraliti. Masa sekolah rendah dulu ada kawan aku bergusti, katanya aku the rock dia lak stone cold. Nampak x? Cakap la penonton ade fikiran, boleh timbangkan baik buruk lah. Mesti ada punya. Kalau hari2 disogok cerita macam tu. Bukan nya bias, kenyataan.

3. Harga keperluan yang semakin naik. Kenapa eh? Makin lama makin naik sedangkan da janji x kan naikkan. Lepastu marah, kata x bersyukur la ape la. Macammana orang x merungut kalau barang naik tanpa kenaikan gaji. Gaji tetap sikit. Kuasa belian makin kecil dan kecil. Terseksa lah rakyat kalau macam ni. Bukan semua orang gaji lima enam ribu kat Malaysia. Nanti kata la kenaikan tu tak membebankan. Hurm, sebagai warganegara Malaysia bumi tercinta ni, cuba bagitau kat rakyat bolehke kalau harga minyak naik x memebebankan apa2? Mesti yang lain2 akan naik juga sebab semua benda memerlukan pengangkutan. Apek anta ikan kena pakai lori, lori tuh isi minyak. Aci anta sayur pun naik lori. Budak sekolah naik bas, naik van. Lainlah kalau pengangkutan Malaysia pakai sistem solar ngan hibrid kan. Ni x, kuakan kete hibrid jual kat luar negara. Elok le tu. Bila mengeluh, macam2 lah dapat, antaranya ialah pemalas, x bersyukur, gaji dapat x berkat. Tak ke kata2 org bodo tuh. Ade sorang mamat ni kata kalau nak pendapatan bertambah cari la keje lain , part time. Tapi kalau yang dah ade family tuh, anak2. Tak kan nak kerja je. Nanti bapak tu sibuk sangat keje sampai x ambil tahu sal famili. Nanti mula la keretakan institusi keluarga. Kalau jadi macam tu nanti nak tudingkan jari kat siapa? Dah tentu kena balik kat diri sendiri. Jangan la anggap semua perkara ni mudah2 belaka. Tu belum yang pinjam along lah, uatang bank x bayar lah. Pastu suruh berjimat. Rakyat xde hak ke nak nikmati semua benda yang ada depan mata? Bukan nak membazir, tapi pilihan di tangan rakyat makin lesap.
 
3. Hurm, tu belum lagi ulasan pasal perkataan "pelacur politik". Buat malu je, kita ni kan bangsa beradab, banyak pilihan bahasa. Kenapa nista begitu juga yang dipilih hanya semata mata pertahan kan hak? Orang seantero dunia memerhatikan kita. Bergaduh politik macam anak2. Sampai x nak buka fikiran nilaikan yang betul yang baik dan yang benar. Bila kita x sehaluan ngan dia, dituduh kita macam2? Hahaha. Jumud.

Hurm. Tak cukup nafas bila membebel. Cukuplah. Aku cuma berharap keadaan akan berubah.

Aku bukanlah penganalisa politik, bukan juga pengkritik bebas politik. Tapi sebagai salah seorang rakyat yang prihatin aku ada hak untuk ambil tahu dan mengulas. Sekian.

No comments:

Post a Comment