BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 10, 2010

result yang paling cam hampeh!




yeah..setelah menge-check result...aku rase da selamat...sebab mmg aku amek exam dgn keadaan sgt berisiko...da 2 sem jadi macam ni. tapi semester 4 nye result ni mmg cam hawau. i hate! i hate! haahahahaha.

mungkin sume ni pengajaran terhadap sikap sambil lewa dan main2 aku..hahaha...nasib baik aku xde repeat ape2 subjek. susa la merepeat ni, sekali aku repeat statistics...errr...seems like the end of the world..hahaha..                                                                                       
maybe pasni aku kena ubah tujuan aku belajar, lillahi taala...

selama ni aku sesat tujuan,

lepas dapat ilham dari pembacaan aku ttg Syed Mokhtar al-Bukhari,

i got it..

terima kasih Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w

semoga hati dan jiwa akan lebih menerima ilmu dan dapat aku fahami fungsi ilmu itu. aku mau contohi golongan muda korea yang sangat gigih belajar dan bekerjaya untuk memajukan negara, masyarakat dan diri.

aku juga mengambil iktibar dari warga muda negara Iran dan semestinya idola ku, pendukung mazhab ahlul bait, Mahmoud Ahmadinejad. moga2 dapat aku contohi kezuhudan, kesederhanaan dan kekuatan
 beliau.


doakan aku!





Monday, December 6, 2010

Macam - macam

Sempena kemasukan tahun baru islam ni, macam - macam jadi kat Malaysia terutamanya scene politik.

1. Demonstrasi air oleh Kerajaan Negeri Selangor. Best, tapi xde kawan nak join. Tapi kesian lah, bukannya diorang demo baling batu ke baling bom tangan ke, tu pun polis ngan fru nak baling gas pemedih mata la siap tembak pakai air lagi. Hurm, x kan nak tuntut hak air pun kena macam tuh. Bukan nak sebelahkan mana2 parti, tapi bila jadi penindasan atas perkara yang dianggap hak dah jadi perniagaan(ayat pusing2) wajarlah diorang bertindak.


2. Ketuanan Melayu yang diagung2 kan sangat. Ada kawan rapat aku kata kalau org melayu jumud kat malaysia ni sibuk cite sal ketuanan melayu, tengok dulu siapa yang jahanamkan melayu. Pakaian pun x serupa melayu. Makan belacan ala2 melayu pun dah malu. Cakap bahasa melayu pun dah gagap2. Padahal kat ic tulis melayu. Aku setuju butir bicara dia. Mana letak ketuanan melayu kalau orang melayu sibuk meranapkan bangsa sendiri? Tak percaya? Orang melayu sendiri yang sokong sangat PPSMI, org melayu sendiri yang sibuk buat movie2 yang mengarut. Klau xde cium2 peluk2 rempit dadah bohsia mesti x sah. Paling tidak pun cerita pasal gengster. Memang la benda ni jadi kat  real life, tapi kan x fikir ke benda2 ini adalah pendorong kepada moraliti. Masa sekolah rendah dulu ada kawan aku bergusti, katanya aku the rock dia lak stone cold. Nampak x? Cakap la penonton ade fikiran, boleh timbangkan baik buruk lah. Mesti ada punya. Kalau hari2 disogok cerita macam tu. Bukan nya bias, kenyataan.

3. Harga keperluan yang semakin naik. Kenapa eh? Makin lama makin naik sedangkan da janji x kan naikkan. Lepastu marah, kata x bersyukur la ape la. Macammana orang x merungut kalau barang naik tanpa kenaikan gaji. Gaji tetap sikit. Kuasa belian makin kecil dan kecil. Terseksa lah rakyat kalau macam ni. Bukan semua orang gaji lima enam ribu kat Malaysia. Nanti kata la kenaikan tu tak membebankan. Hurm, sebagai warganegara Malaysia bumi tercinta ni, cuba bagitau kat rakyat bolehke kalau harga minyak naik x memebebankan apa2? Mesti yang lain2 akan naik juga sebab semua benda memerlukan pengangkutan. Apek anta ikan kena pakai lori, lori tuh isi minyak. Aci anta sayur pun naik lori. Budak sekolah naik bas, naik van. Lainlah kalau pengangkutan Malaysia pakai sistem solar ngan hibrid kan. Ni x, kuakan kete hibrid jual kat luar negara. Elok le tu. Bila mengeluh, macam2 lah dapat, antaranya ialah pemalas, x bersyukur, gaji dapat x berkat. Tak ke kata2 org bodo tuh. Ade sorang mamat ni kata kalau nak pendapatan bertambah cari la keje lain , part time. Tapi kalau yang dah ade family tuh, anak2. Tak kan nak kerja je. Nanti bapak tu sibuk sangat keje sampai x ambil tahu sal famili. Nanti mula la keretakan institusi keluarga. Kalau jadi macam tu nanti nak tudingkan jari kat siapa? Dah tentu kena balik kat diri sendiri. Jangan la anggap semua perkara ni mudah2 belaka. Tu belum yang pinjam along lah, uatang bank x bayar lah. Pastu suruh berjimat. Rakyat xde hak ke nak nikmati semua benda yang ada depan mata? Bukan nak membazir, tapi pilihan di tangan rakyat makin lesap.
 
3. Hurm, tu belum lagi ulasan pasal perkataan "pelacur politik". Buat malu je, kita ni kan bangsa beradab, banyak pilihan bahasa. Kenapa nista begitu juga yang dipilih hanya semata mata pertahan kan hak? Orang seantero dunia memerhatikan kita. Bergaduh politik macam anak2. Sampai x nak buka fikiran nilaikan yang betul yang baik dan yang benar. Bila kita x sehaluan ngan dia, dituduh kita macam2? Hahaha. Jumud.

Hurm. Tak cukup nafas bila membebel. Cukuplah. Aku cuma berharap keadaan akan berubah.

Aku bukanlah penganalisa politik, bukan juga pengkritik bebas politik. Tapi sebagai salah seorang rakyat yang prihatin aku ada hak untuk ambil tahu dan mengulas. Sekian.

Thursday, December 2, 2010

mencintai kesunyian



waktu sunyi sepi aku, aku suka membega foto2 kesedihan dan kata2 semangat. bagi aku, sunyi sepi aku adalah masa untuk aku belek diri sendiri, mencari apa yanag kurang dan menghentikan yang lebih kerana aku mahu lebih rasional seiring dengan tumbesaran ku...hahaha..luahan sunyi aku mudah sekali..bertemankan lappy, hp lampu suluh,kipas kaki dan bantal kesayangan bersama tilam pooh pemberian ibu tercinta, Puan Asaraton Ahmad. waktu sunyi bagi aku adalah waktu rohani aku berhubungan. jasmani akan memahami kehendak rohani dan akal ku cuba mentafsir segenap kemahuan dan jika jalan itu lapang aku x segan silu memenuhi kehendak rohani ku.








aku akan sendiri sendiri bagai orang mati laki untuk aku cari penyembuh sunyi sepi. sunyi sepi adalah perkara yang aku gemar dan aku benci. aku benci kerana aku akan bersikap paranoid dan mengabaikan keadaan sekeliling.aku x mahu tahu apa yang jadi waima gosip jiranku(yg paling rugi untuk dilepaskan, ^_^) 




 dan yang aku gemar tentang sunyi sepi hidupku apabila aku mula mempersoalkan diriku dan melihat ketidakadilan dalam diriku dan juga penganiayaan orang terhdap aku. aku akan melebihkan perasaanku dan mendahulukan akal sihatku.orang tak akan nampak kerana aku seorang penyembunyi yang hebat.hahaha

dalam hujan aku nantikan rahmat, moga tertempias!

mungkin hati boleh diberi simpan

syukur saja dengan sunyi sepi, kerana ia mengilhamkan!



carilah masa untuk kamu bersunyi dan mencintai kesepian!semoga bertemu ilhamnya!

Tuesday, November 30, 2010

S A K I T

Hari ni hari sabtu. Balik kampung kul 10 pagi tadi pastu sampai uma jam 12 lebih. Kepala sakit sangat bangat. Tak taw pe puncanya.


Tapi kat kulit kepala ni cam ade biji2 cam jerawat, tapi bukan jerawat siap bernanah lagi. Tak tahu kenapa. Dah lame ade biji2 tu, tapi yang Khadijah Hanafiah discover tuh very the shock lah. Truly dahsyat dan x pernah jadi. Kudis kecik and nanah sikit. Berdarah lagi. Since Khadijah Hanafiah da kuakan nanah kepala aku sangat sakit. Khamis petang tu pas makan cakoi ngan goreng pisang aku terus terbaring. Sakit kepala mencucuk2. Hurm. Aku cuba menerima kesakitan yang amat sangat tuh dengan tertidur. Tapi sama je. Tak hilang dan berterusan sampai harini. Masa pergi ambil adik kesayangan aku , Nur Hidayah di Seremban bersama Suraya Sharuddin pun kepaa aku wat hal. Masa otw balik lah. Pening macam migraine. Entah lah. Akibatnye Dayah ngan Siti kena marah. Hahahahaah.
Nak kata aku extremely buat rawatan rambut pun x. Pernah la sekali buat rebonding. Tu je lah. Mungkin pasal selalu tukar shampoo. Tapi aku pakai nature based nye shampoo. Entah lah. Pedulikan je. Malas aku nk fikir sal kepala nih.
Setakat yang aku tau lah, kulit kepala aku memang very sensitive dan akan menerima padah buruk akibat shampoo yang ade bahan kimia. But, aku da switch lame da kot kepada non-chemical shampoo. Ye ye je. Aku pun tak taw pe dye letak lam shampoo tuh. Miahahaha.

Tapi mungkin gak sebab peluh. Kulit kepala aku sangat aktif bab pengeluaran peluh. Kalau kemas uma tuh. Peluh turun mencurah2 dari kepala hingga ke ladang kelapa sawit. Hahahahaha. Aku pernah la tanye doctor. Beiau hanya mengulas dengan pernyataan yang menyakitkan hati iaitu “ biasalah tu berpeluh, badan awak nak keluarkan blab la bla,” kata beliau. Aku pun assume biase je lah. Tapi apabila terjadi perkara sebegini. Aku cam nk tumbuk perut doctor tu selaju memukul bola kriket. Gerem mak. Hahahahha.

Dah lah, malas nak fikir banyak.

Friday, November 26, 2010

nak berbisnes!

Allah SWT tak akan ubah sesuatu kaum unless mereka mengubah diri mereka.

marilah sahut cabaran ini.

saya ingin menjadi ala2 wanita melayu kerabat diraja johor dulu2.

beauty with brains.

marilah berniaga.

kerana telah dikatakan 99% rezeki datang darinya(betulkan saya)

tm fadli ajak berniaga baju kanak - kanak.comel yang amat.nnt nk uplod ngan gambar model ciliknye sekali.Iman Xahara.anak sedare kawan kesayangan saya.aqeela mohammad dan nazathul nazreen.padahal minggu depan baru nak shoot.haha.mak dye da bagi kebenaran dah.heeee.cepatlah pulang tm fadli membawa stok best2 dari bangkok.auww~~

sangat berharap ia akan berjaya.

doakan!

S E M I N G GU

seminggu.

seminggu tu tak lama pun kan sekarang.seminggu di waktu cuti semester adalah waktu yang terbazirkan.bagi aku lah.sebab tak tau nak wat pe dah.ym pun da bosan.tgk warna biru facebook pun da muak.bangun lambat pun da sakit badan.tdo kul 5 pun da tak menyeronokkan.selalunye seminggu akan start pada hari ahad.kalau weekend semua orang pulang ke teratak.ari ahad semua nk calling2.tanya balik kul berapa.soalan fevret aku adelah ko ade kunci? 
kerana aku suke ilangkan kunci atau lebih tepat lagi, campak kunci tu merata2.yes.itulah perangai yang menjadi kebencian aku.mak aku pun angin.sebab soalan aku kat dye adelah, mak nmpak purse alin x?mak aku for sure akan berpusing dan memekik.da bape kali mak suruh ko beli beg,simpan barang ko dalam beg.ni x.pas2 sebok tanye mane2.hahhahaha.

seminggu yang x akan lengkap tanpa soalan itu.

dan, seminggu aku tak akan lengkap dengan sempurna kalau mak tak call hari2, x turun g beli berger kat abg rabbit atau nasi lemak kat mak cik emo depan 7e pandan jaya, x tdo lambat, x tgk tv dan membebel pasal politik malaysia.

dan,seminggu aku juga tak akan lengkap kalau x menyebok pasal beberapa manusia iaitu izzati uzail,siti khadijah,jannatunnaim,nazathul nazreen dan syafiqa nadia.

juga x lengkap kiranya suraya sharuddin x gelakkan aku.

juga apabila aku x minum air nenas.

juga kalau aku x bukak facebook.sibuk baca post dari i luv islam ngan kbsb.dan sibuk tulis status mengarut.






dan

apakah seminggu yang lengkap untuk kamu?
seminggu yang lengkap adalah seminggu yang lengkap dengan amalan dan kasih sayang juga ujian yang mematangkan.
seminggu yang lengkap adalah lebih bermakna dari sebulan yang melekakan.

fikir-fikirkan!

Thursday, November 25, 2010

L I F E I S W O N D E R F U L

bila kita lari kita pasti jatuh. jadi adakah jatuh itu sakit? adakah jatuh itu menyebabkan kita tidak akan bangun kembali? dan mungkinkah dengan kejatuhan itu memberi kita seribu satu makna?