BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 27, 2011

tu dia!


ni pandangan anak muda yang aku suka gila nak follow. boleh la jugak kalau dilabelkan sebagai "addict".


1. IniAnwarHadi





2. matluthfi90




depa best. dan yang paling penting sekali mesej yang depa bawak. 


3.pastu aku suka gak layan Maria Elena.







terbaikkan. walaupun ada yang kita x sependapat, tu benda kecik lah.
diorang berani.chill.

kawan macam mana kamu cari?


1. kaya?
2.cun?
3.hensem?
4. ada kad kredit?
5.ada kereta?
6. feymes?
7.pernah pergi oversea?
8.pakai beg gucci?
9.layan cerita amerika?
10.indie?
11.fotografer?

PERSAHABATAN TAK PERNAH MELETAKKAN HAD, IA TERLETAK PADA SIKAP IKHLAS TERHADAP HUBUNGAN ITU. BUKAN MENJADI KESALAHAN SEKIRANYA DIA MAHU JADI BFF PARIS HILTON MAHUPUN BIK MAMA, PERSAHABATAN YANG IKHLAS MEMBERI KESAN ROHANI YANG MENDALAM. NANTI, PERSAHABATAN AKAN MENGAJAR SIKAP PERCAYA, SAYANG, PERLINDUNGAN, SELESA, HANGAT DAN SEBAGAINYA. DAN NANTI PERSAHABATAN AKAN MEMBANCUH ERTI KHIANAT, MARAH, BENGANG DAN BENCI. KEMAAFAN DALAM PERSAHABATAN ADALAH KEMAAFAN YANG SUCI.

SEANDAINYA KAWAN MENJENGKELKAN, BERITAHU. JANGAN JADI SAHABAT SEPERTI PENYOKONG PARTI POLITIK, JADI LAH PEMBANGKANG. JADILAH CERMIN UNTUK KAWAN ANDA SUPAYA NANTI DIA TIDAK MENYALAHKAN ANDA ATAS KESALAHANNYA.

PERSAHABATAN YANG TULUS KERANA TUHAN YANG MAHA ESA ITULAH YANG TERBAIK. TAK KIRA LAH WALAUPUN KITA KAWAN DENGAN KUTU BERAHAK MAHUPUN PESERTA TIDUR BAWAH JAMBATAN. DUNIA TUHAN INI BANYAK RAHSIANYA.

SAYA SAYANG KAWAN SAYA. MUAHH.





freedom : mulanya disini



suka iklan?



comel kan iklan ni.hehe.

yang ni jugak.


iklan raya


yang ni pun.


pastu yang ni.

- kadang2 cerita yang lama berjam - jam pun tak menyentuh perasaan macam iklan yg beberapa minit-

-iklan anak tempatan terbaik-

Thursday, February 24, 2011

wanita bermanis bibir


Assalamualaikum,

Ni la topik aku suukeeeee nak tulis. Hahaha. Sebenarnya x suke pun. Tapi blog ni je pendengar rintihan sejati. Ade la seorang insan ni bengang kot aku tegur dia, pastuh g mesej org sana sini nk g taw aku ni blablabla. Come on! U suck babe. Kau boleh je inbox aku kat fb, x pun ko mintak je no henpon aku kat kekawan. Ingat kan da abes sekolah xde la dah orang macam ni. Rupanya ada lagi. 
Ya Allah!

Wanita bermanis bibir, aku tak tahu politik kuat macam kau. Yang aku tahu cakap direct ja! At least kalau kau angin pun aku x cakap belakang2. Aku x gelabah pun. Yang aku rasa tindakan aku betul. Bukannya aku dok wat malu kat hang. Aku tegur je kot. Oh, aku lupe. Hang kan wanita ayu, mesti la terasa di sudut hati. Sorry lah. Kau bikin aku nyampah lah. Tak perlu rasenye kau nk sebar dakyah cmtuh sekali sedangkan kau bole je tanya aku direct.

Eewww. Sungguh x klass. Kalau kau perhati baik2 kan, aku da wat kenyataan maaf terbuka. Mana la aku tahu yg rerakan kita suka menganjing ayat tuh! Hahahaha. Just take it in positive way lah. Aihhh!! Da sebelas taun kot sekolah, sambung university lg. Jangan la cam dok bawah palong.

Sunday, February 20, 2011

Hari esok yang penting sekali!

Esok adalah hari penting buat Alynn, Khadijah dan 'Izzati!

Esok hari penebusan malu.

Esok, misi penyampaian ilmu diteruskan!

Esok!

Semuanya esok.

Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa.

Dan, aku berpegang pada itu.

Moga Allah swt lancarkan segala galanya.

Saturday, February 19, 2011

Minggu Kesadisan Alynn!



Seminggu ni minggu suey aku! Haih, tak taw pasaipa. 

Tragedi ni start hari khamis dimana aku ngan group aku ade pembentangan subjek Malaysian Economy. Bermula ngan kejadian kat cc tetibe je thumbdrive kena virus..lalu menjahanamkan segala galanya. Dengan dah lambatnye. Ya Allah! Tuhan je lah yang taw kitorang nak nanges time tuh.

Madam da mesej yg agak kurang enak untuk ditelan oleh hati dan perasaan. Tapi sebagai ketua yg bertanggungjawab aku ok je kalau madam nak tolak markah pun. Sebab tu da tunjukkan kegagalan aku sebagai ketua kumpulan. Pahit nak dinyatakan, tapi tuh kenyataan. Homaigott! Lame gak la aku bersedih, menangis pun ade. Tapi, bagi aku ni ujian. Sebab lepas jadi benda tuh, ego aku jatuh doe. Haha. Cam manusia x normal je cite buruk sendiri. Bukan pe, ni peringatan tuk diri aku sendiri gak. Berlin wall pun leh jahanam. Lagi kan aku. Dengan itu, aku, makja ngan zaty mengisytiharkan hari khamis sebagai hari disabotaj teknologi. Haih!

Mana tak nye, da la kena virus. Pastuh, projector ayam 2 sokmo dok tertutup. Wuaaaaa! Dah le alynn! Benda da lepas. Pastu kan, ni cite malam la pulak. Kul 11.46 kitorg turun la bawah nak cari makanan. Perut da nyanyi2 lagu raihan. Tandanye steady g la perut tuh, tapi lapar tuh da hampir ke paras merbahaya. Sampai je kat bank rimau tuh, aku cocok la kad tu masuk. Tett! x boleh kua! Wuaaaaa! Pastuh jalan lelaju lak g CIMB, tak leh gak. Last sekali, pegi EONBank. TETAP TAK BOLEH! Pas2 cam baru teringat kan ATM nye servis sampai kul 11.45 pm je. Perut aku sayu2 ayam. Cilanat!

Dok seluk poket jumpe 6 engget. Lalu depan 7-11 nampak gerai nasi lemak bukak g. Makja pun g la tanye nasi lemak biase sebungkus bape. Makcik tu kate sengget patposen. Pastu kire r duit lam poket. Cukup! Beli la nasi lemak 4 bungkus. Alhamdulillah. Kenyang perut besaq aku. Hahahahah. 

Ari jumaat pagi lak ade test Organizational Behaviour. Ngan hati yang patah sal Eko Mal tuh, x semangat langsung aku nk jawap. Aku pun membute la terus. Nga sedap je layan tido tuh, tetibe makja jerit. Alynn! BANGUN!! Aku memang cam rase bodo gile lah ngan langsung x baca ape. Aku ingat bab 1 je. Cess. Aku cube la layan bace 4 bab tuh lam mase 20 minit. Jawapannye, sangkut la 15%. Haih!

Nga jawap tuh memang rase perit nak mati la. Sebab aku taw jawap 2 soalan jer! Duh! Dah la. Biar r. Nak wat camne kan. Makkkk!!! Hahahahah. Balik dari kolej aku bantai tdo seasyik2 nye. Sedar2 kul 6.50 pm da. Aku pun usha Jana kat tingkap. Jana balik ngan abg dye. Sume org pun balik. Borrrringggg!

Oleh kerana aku da bubum petang jumaat tuh, malamnye aku x leh tdo. And the best part is Asrul dengan selamber nye memputoskan cinte(cinta ke? DOSA TAPI BUAT) dan janji taun depan. Em. Biarlah. 4 tahun yang x menentu! Aku redha! Kalau dengan cara macam ni mendekatkan aku pada Dia. Aku redha. Jodoh di tangan tuhan. Mungkin ni laluan untuk cita2 aku. Aku nak kawen ngan org Palestin. Hahahaha. Sounds silly kan! Dah lah. Malu la cite bebanyak. 

Assalamualaikum.


 

















Saturday, February 12, 2011

11 Februari



kau mahu tahu apa yang jadi tanggal 11 Februari ini?

ini tarikh keramat umat Islam.

tarikh suara rakyat memproleh kemenangan.

ALHAMDULILLAH.

bukan Mesir sahaja berjaya revolusinya pada tarikh ini, malah revolusi Iran juga.

ALLAHUAKBAR!


aku mahu pinjam kata2 Dr Faisal Tehrani,


"Barangkali ini tarikh pilihan yang diatas"


dan, 12 Februari ialah hari pemergian pengasas Ikhwan Muslimin.

hadiah bermakna barangkali, jika beliau masih hidup.

pasti senyuman x lekang di bibir sambil x putus mengucapkan syukur.

TAHNIAH

buat rakyat Mesir dan Tunisia!

TAHNIAH

kepada rakyat Malaysia yang menyaksikan revolusi ini, bertuah dapat kau tonton revolusi depan mata, aku cemburu.

terima kasih, Maha Suci Allah swt dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw..
=)

Thursday, February 10, 2011

Trip Report Khadijah's group!

 nih gambar masa soley soley perak day~ woot2

-lawatan kebun getah-

muke comel dalam kebun getah


memori daun pisang~ heh~
sufi berhelmet hijau..otw teluk intan


arituh masa cuti mid sem, group aku g perak, trip report pasal Proton~~ bertolak kul 5:30 pagi naik ketapi kelas ekonomi dari KL Sentral turun kat Tapah Road. aku pun semacam excited gak sebab da sebulan tak balik umah~ rindu mak ngan adik2..muahh~~

 sepanjang masa kat sana ok je...everything undercontrol, keje pun settle. Alhamdulillah. cume Badang ngan Sufi balik awal, hari rabu sebab ada hal.

 yang gurls sume balik ari jumaat naik ketapi kelas 2 harga 19 engget yang cam x berbaloi! sorry KTM! 

hari khamis g mandi kat Kuala Woh and then malam tuh sume layan cite antu kak limah balik rumah..

aku sangat suke cite tuh~~ hahaha..

Alhamdulillah, semua nya ok giller kecuali kesihatan. satu group kecuali Cik Reen demam,batuk,selesema.

mekasih Sufi, blutot sakit ko~ 

heh!

heh!


yeah~~

lastly dapat blogging lah. suke. lappy sendiri ade masalah lah. pekena nye tah. ngade2 je.

but its sokayh, nk anta lappy tu g berubat, kena tegur agaknye. haha. hari2 online sampai lewat malam da mengong la kot lappy tuh~~

haihh~~

tadi ade test Malaysian Economy, 3 topic je, x banyak~~ bhahaha..aku pening sikit..blur pasal kelapa sawit dalam bahasa inggeris. 10 minit tgk kertas tuh. pas2 aku wat keputusan untuk tulis 
PALMCOCONUT..

bodoh gile rasenye~~

betul2 blur okeh. maaf madam. haha. dengan esei tuh tonggang terbalik. haha. pekebenda la alynn oi!

nga jawab test  tadi  tetibe teringat  kata2 Tun M, 

"dah lama dah"
aku nak gelak td! heh! aku nak format otak aku lah~
mungkin da sampai masa tambah RAM atau mungkin kena update folder bg tak bercampur aduk..


adoyai!