BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 22, 2011

Mr AA

Thank God, for sending Mr AA. I'm sooo liking yu. But, i dont know if we're in the same league. I just......deng! 

The truth : Yu knock my door, AA

Thursday, July 14, 2011

Saya yang menolak ketuanan bangsa,

Saya,
Rela saja berkorban status bumiputera.

Dan,
Orang kata saya bodoh.

Saya,
hanya mahu menegakkan kata Rasulullah,
Rasulullah x suka assabiyyah.

Jadi,
Sistem berteraskan bangsa ini harus diubah.

Kerana,
Semua orang adalah bangsa manusia.

Ketuanan,
Telah membawa sengsara dalam diari hidup manusia,
Cuma masih stone,
Tak mahu mendengar yang hakiki.

Jadi,
Saya cuma mahu semua orang mendapat keadilan yang sama.

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday : Namron



Actor paling best kat Malaysia

kredit gambar : Makcik Google

Sunday, July 10, 2011

Bersih 2.0

Semalam, dengan penuh semangatnya aku bangun tidur, then gi balik rumah, aku tidur rumah kawan semalam. Aku pun terus mandi, packing bag, bubuh telekung, buku, pen, purse pastu jalan kaki gi lrt Pandan Jaya. Penat jugak lah. Aku ada satu misi je. BERSIH 2.0.

Jujurnya, aku melawan semua nasihat yang diberikan kepada aku untuk jangan menyertai rally tu, but i dont give a damn lah, mak aku tak bagi pun aku pergi gak. Mungkin juga kerana aku memang rebellious dari kecik lagi. Pelik kan, kat Malaysia ni semuanya dididik untuk jangan,jangan dan jangan. Please. Aku menolak itu.

Okayh, aku pun sampai stesen pudu, tapi x boleh join kat situ, xpe, pastu aku g masjid jamek, jalan2 jap and then aku pergi sogo. Okayh, cun. Aku dah taw da aku nak join sape, so sebelum rally start, aku duduk sorang2 kat Pertama complex, layan makan roti sardin ngan mineral water. Pastu aku g usha2 kat dataran merdeka lak. Sian pak cik tu kena mara2 ngan polis. Polis ni pun.

Pastu aku patah balik ke Sogo, ade kekecohan sebentar nampaknya. Satu soalan je, kenapa polis tengah bertugas bole layan cigar? Macam tak appropriate lak. Aku tak benci polis pun okay. Aku taw dia buat keje dia. Diorang pun ada yang terpaksa jugak, sebagai student yang belajar Human Resource, aku faham. Aku pun wat part time gak.Rasa sakit cari duit.

Btw, aku telah melencong nampaknye. Pukul 1.10 pm aku pun g cari masjid nak solat, pergilah Masjid India. Tengah amek wudhuk x pepasal polis tembak gas pemedih mata. Weh, agak2 r. Orang ngah solat kot. Kau ade masalah dengan amalan agama ke? No wonder Utusan boleh keluarkan cerita Maahad rekrut JI. Ape punye tuuurrr. Kecoh kat masjid masa tu, dengan budak - budak menangis, takut, tapi kejap je, aku yakin anak2 revolusioner ini cukup mengerti perjuangan ibu bapa mereka.

Pastu join rally, lari sana, lari sini. Tunjuk jalan kat orang. Dengar rintihan,kemarahan orang ramai. Ada jugak yang cam bengang bila tak dapat beli baju tunang, tak tau la pe nak kata. Maaf lah ye.

Pendek kata, perhimpunan ini amat kool, steady and enjoy. Aku belum pernah tengok semua kaum turun ramai2 untuk menuntut 8 perkara. Rally ni jugak, aku dapat saksikan kreativiti larian,jawapan bila kena tanya ngan polis,fesyen. Blending yang cukup kool.


Salute untuk mereka yang berani, salute untuk mereka yang ditangkap, salute untuk mereka yang telah pergi!

Orang boleh kata apa saja tentang tindakan aku, mereka x faham, aku aja yang tahu perjuangan aku.

Aku tak berjuang untuk individu, maaf, aku tak taksub kepimpinan. It is a long way to freedom!


“First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win.” Mahatma Gandhi

Saturday, July 9, 2011

Menyampah tahu?


Ini adalah pendapat seorang manusia, semua pendapat kena hormat kan?- bak kata fasilitator kolej aku.

Perasaan sampah menyampah menyelubungi diri minggu ni. Salah ke aku sokong BERSIH ? Kenapa ada orang kata BERSIH tak bagus? Jerit cam nak keluar anak tekak bagitau aku sokong! Pastu sindir2! Aku berjunag untuk family aku,student and kaum buruh okay! Bukan yang menyusahkan kita gomen ke? Tutup jalan sana, tutup jalan sini. Yang kau nak menggelupur sangat apesal? Gomen nowadays da makin x relevan dan membangangkan. 

Okeh, aku emosi. Emosi minggu ni atas dasar banyak faktor tahu! Aku baru je layan Ops Bilang by Fahmi Reza, terdetik kat hati aku, bapak best jadi student before 1971. Seronok tahu! Kenapa gomen nak sekat kita? Nak sekat student la pe r. Yang pelik tu sekat student yang memperjuangkan opposition part je.

Contoh memang depan mata la, bila kolej aku boleh(baca: HALAL) digunakan untuk ceramah - ceramah UMNO and then the best part is, bila UMNO ada bersidang, bole guna kitorangnye asrama. FUCK! Kau  x bagi jangan bagi la sesape pun join politik. Nampak sangat cegampang.

Kemon la weh, suruh maju tapi kau tak maju2. Buat 1Malaysia, tapi kau, jumpa Melayu ketuanan melayu la pe r, cina besar kepala la,india nak rampas Malaysia la. Kemon la! Bosan tahu! Stop the racial division. Menyampah tahu! Aku cukup kesian kat orang luar bandar terutamanya. Percaya je ape TV3 tu bagitau. Terpaksa ikut cakap,kalo x nanti ditakutkan dengan semua benda. Contoh terdekat, cam mak aku la, percaya sangat. Aku sedih! Mentaliti kita dibangkaikan macam tu sekali.

Just for UMNO, the gomen, authority, let you go freely. Aku tak menipu, aku da nampak dan faham benda tu dari kecik lagi. Tolong lah. Aku nampak pincang. Contohnya, seorang penculik budak boleh kena penjara sehari je sebab bini dia Puteri Umno. Gampang ape! Even, abah aku suruh join Puteri for job. Tolongla, rezeki Allah turunkan, bukan gomen, bukan pembangkang.

Cerita pasal rezeki, BERSIH juga telah dipertanggungjawabkan kerana kerugian perniagaan. Walaweh, yang tutup jalan sume polis, BERSIH yang kena kenapa pulak. Bagi je la orang tu buat demonstrasi. Diorang da janji nak buat aman kan. Bila x aman aku rasa authorities campurtangan la, bukan x semena mena baling gas beria. Haih!

Ada jugak yang otak macam longkang lane boling, sibuk sal ambiga keling la, hindu la, siap buat maksud akronim bersih lagi, which is Berhimpunlah Engkau Ramai2 Supaya Islam Hancur- aku dapat kat apc. Why? Ni mesti orang yang sama suka cakap x bole type akum la pe la. Pergh! Korang memang ketinggalan era. Mesti sekarang era kegelapan kan. Mungkin jugak korang tak ingat hadith Nabi Muhammad S.A.W iaitu, Janganlah kamu menghina gama orang lain,kelak mereka akan membalas dengan lebih teruk lagi. Simple!

Kesan pembodohan juga berlaku kat kolej aku time orientasi! Haha- Gelak untuk junior yang bengong g ikut cakap fasi bewok kau! Orientasi buat pillowfight! kahkahkah! Orientasi sekolah teknik aku bermoral sikit! Kemon la, memang bonsai fikrah student sekarang ni.

Adakah kita hanya mampu menunggu untuk V for Vendetta,atau mahu jadikan V dalam hati diri sendiri?


Thursday, July 7, 2011

Frust

Frust adalah detik tak indah yang susah nak dipadamkan dari diri manusia. Semua manusia berusaha untuk tidak frust, dan aku telah frust hari ini. Omjayy!

Frust aku didahulukan dengan berita BERSIH 2.0 buat kat stadium. Aku cam curious je kenapa kena buat kat stadium, otak aku yang cargas ni membuat teori bahawa pabila perhimpunan ini dibawa ke stadium, makanya urusan menangkap individu yang terlibat adalah mudah sebab boleh kepung je, atau tetibe kena dajal ngan gas beracun ke pe ke, macam yang aku kata tadi, PENDAPAT PERIBADI. Yelah, polis sekarang kan cergas sangat tangkap orang sana sini sedangkan banyak lagi kes yang diorang patut dahulukan, contohnya mencari perompak sekitar Tapah Road, sebab sampai sekarang sesape yang merompak kat situ cam kebal je, termasuk la rompakan kat rumah aku dulu, cam tak ade pape je

Klimaksnya adalah apabila team member aku cakap idea Political Influence in the Business in Malaysia adalah sesuatu yang kontroversi untuk jadi bahan ujikaji untuk Research Proposal. Okay, aku tidak menyalahkan lecturer yang kool di muka bumi ni, En Izwan Harith tetapi yang aku salahkan sistem pendidikan Malaysia. Team member yang dikasihi, aku tak bengang pun kat korang dengan muka annoying dan bebal di kafe tadi, aku cuma tengah berfikir tentang pendidikan yang membebalkan manusia.

Ending of the frustation ialah apabila tengan makan chicken wing aku nak terberak sambil terkenangkan cerita recording lagu berhantu, Menanti Kekasih - Alda.

Sekian, cerita frust hari ini.