BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label bebal. Show all posts
Showing posts with label bebal. Show all posts

Monday, August 8, 2011

teringat masa SAR dulu

korang peenah masuk sekolah agama?

aku pernah, dan pendapat aku, tulusnya,

sekolah agama ni bagus, tapi kena tengok ustaz,ustazah gak la. ustazah aku yg tua2 best, lembut je ajar aku tajwid, sampai sekarang aku ingat lagi. thanks to Ustazah Fatimah. juga pada Ustazah Mariam, Ustazah Zurina, Ustaz Din.

yang aku tak tulis nama tu maksudnye aku ade krisis politik ngan dia, contohnya Ustazah Hazah, kalau x silap la name dye cmtu, aku start belajar ngan ustazah ni darjah 3, ustazah ni ajar ngaji Quran, serius, x masuk ke hati. aku tak taw la kenape..ustazah ni suka cubit sekuat ati,rotan..and the most tak boleh blah bile dye mengamuk macam2 pastu asah kuku depan Quran..aku pernah tanya kenapa kuku ustazah panjang, dapat jeling maut,haram x tanye ape dah.

tahun lepas aku jumpa ustazah ni balik kat pasar malam, masa ngah beli yong tau fu, aku memang tak pakai tudung la masa tu, maaf, aku ni jahil sikit. sambil ngah dukung adik kecik aku, aku senyum je kat ustazah aku tuh, sekali dia punya ayat keluar dah

** mane tudungnye, dah lupe dah ape ustazah ajar kamu dulu ha? ni adik kamu ni,baik pulak kamu ngan dia?

aku cam dah hot pun ade, aku taw r mmg semua org ade hak menegur, tapi bukan la dgn ayat camtu sekali dengan kekuatan tahap seratus..pak cik jual yong tau fu tu dok pandang aku lame2, pandang aku,pandang ustazah tu. aku dah tak taw nak kate ape da, dalam hati aku,aku rase cam nak sepak je ustazah ni. satu lagi benda yang dia tanya pasal adik kecik aku yang aku benci sangat tu,ye, memang adik aku tu bukan satu ibu ngan aku, tapi aku sayang dia kot, pe masalah kau ustazah? pernah ke Nabi ajar benci2 orang, ape pun yang menggegarkan kami sekeluarga selama ni, kitorang anggap tu ujian, aku ade mak tiri pun kau sibuk..lantak lah.

masa ni jugak aku ade belajar ngan ustaz taufiq, ustaz ni pun kekadang cam sewel gak, pukul budak cam orang gile!

time aku darjah 3 jugak la terjadi reformasi solat berjemaah. sebelum ni, budak2 sekolah agama memang solat asar dengan orang kampung kat masjid, pastu orang kampung marah kata budak2 bising, pastu dia pisahkan waktu solat kitorang, bermaksud kitorang kena solat ngan budak2 sekolah je, tupun lepas diorang habis solat. bukan ke kena solat awal waktu?

membebel panjang2 bukan apa, harini macam2 cerita tentang agama Islam, kristian la...bantuan la ape la..ini hanyalah teguran ikhlas aku untuk yang benar2 memperjuangkan agama Islam, bawalah agama ini dengan akalmu, keputusan yang kamu2 ambil dulu terkesan pada hari ini,

sudahnye, aku malas nak pegi sekolah agama, aku tengok rosalinda lagi best - mase darjah tiga r pikir cmni..haha

bila orang tua taknak solat dengan kanak2, macam mana kami nak contohi org tua, kanak2 contohi solat kanak2 = memang memain la, adakah kanak2 benar benar merimaskan, mengapa kami tak diajari, mengapa tak ditegur,mengapa tak diberitahu sekian2...kan fitrah kanak2 memang begitu, tugasan kamu untuk menjadikan kami manusia dengan teladan yang baik..ye dak?

apabila bertanya menjadi dosa,linglunglah kami ustaz dan ustazah, kepimpinan melalui teladan, bagus lah sangat, bila kawan aku lambat bayar yuran ustazah boleh cakap bapak kamu kan kaye jual pisang, x kan x boleh bayar yuran, aku pun pelik, ustazah ni bini bapak dia ke, mesti bapak dye tengah gawat ke ape, bukan x nak bayar, lambat je..

ustazah dan ustaz,
jadilah contoh yang baik untuk anak murid kamu, kecacatan mendidik menyebabkan jiwa anak2 ini x lengkap, sayang sangat...kanak2 ni macam span, otak pun kosong lagi, macam2 ilmu boleh hafal..mane la nak taw kan, jadi pejuang Islam ke ape satu ari nanti..

choww~~ sekolah agama rakyat tg. keramat, forever..



Thursday, July 14, 2011

Saya yang menolak ketuanan bangsa,

Saya,
Rela saja berkorban status bumiputera.

Dan,
Orang kata saya bodoh.

Saya,
hanya mahu menegakkan kata Rasulullah,
Rasulullah x suka assabiyyah.

Jadi,
Sistem berteraskan bangsa ini harus diubah.

Kerana,
Semua orang adalah bangsa manusia.

Ketuanan,
Telah membawa sengsara dalam diari hidup manusia,
Cuma masih stone,
Tak mahu mendengar yang hakiki.

Jadi,
Saya cuma mahu semua orang mendapat keadilan yang sama.

Thursday, July 7, 2011

Frust

Frust adalah detik tak indah yang susah nak dipadamkan dari diri manusia. Semua manusia berusaha untuk tidak frust, dan aku telah frust hari ini. Omjayy!

Frust aku didahulukan dengan berita BERSIH 2.0 buat kat stadium. Aku cam curious je kenapa kena buat kat stadium, otak aku yang cargas ni membuat teori bahawa pabila perhimpunan ini dibawa ke stadium, makanya urusan menangkap individu yang terlibat adalah mudah sebab boleh kepung je, atau tetibe kena dajal ngan gas beracun ke pe ke, macam yang aku kata tadi, PENDAPAT PERIBADI. Yelah, polis sekarang kan cergas sangat tangkap orang sana sini sedangkan banyak lagi kes yang diorang patut dahulukan, contohnya mencari perompak sekitar Tapah Road, sebab sampai sekarang sesape yang merompak kat situ cam kebal je, termasuk la rompakan kat rumah aku dulu, cam tak ade pape je

Klimaksnya adalah apabila team member aku cakap idea Political Influence in the Business in Malaysia adalah sesuatu yang kontroversi untuk jadi bahan ujikaji untuk Research Proposal. Okay, aku tidak menyalahkan lecturer yang kool di muka bumi ni, En Izwan Harith tetapi yang aku salahkan sistem pendidikan Malaysia. Team member yang dikasihi, aku tak bengang pun kat korang dengan muka annoying dan bebal di kafe tadi, aku cuma tengah berfikir tentang pendidikan yang membebalkan manusia.

Ending of the frustation ialah apabila tengan makan chicken wing aku nak terberak sambil terkenangkan cerita recording lagu berhantu, Menanti Kekasih - Alda.

Sekian, cerita frust hari ini.