BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 7, 2011

Frust

Frust adalah detik tak indah yang susah nak dipadamkan dari diri manusia. Semua manusia berusaha untuk tidak frust, dan aku telah frust hari ini. Omjayy!

Frust aku didahulukan dengan berita BERSIH 2.0 buat kat stadium. Aku cam curious je kenapa kena buat kat stadium, otak aku yang cargas ni membuat teori bahawa pabila perhimpunan ini dibawa ke stadium, makanya urusan menangkap individu yang terlibat adalah mudah sebab boleh kepung je, atau tetibe kena dajal ngan gas beracun ke pe ke, macam yang aku kata tadi, PENDAPAT PERIBADI. Yelah, polis sekarang kan cergas sangat tangkap orang sana sini sedangkan banyak lagi kes yang diorang patut dahulukan, contohnya mencari perompak sekitar Tapah Road, sebab sampai sekarang sesape yang merompak kat situ cam kebal je, termasuk la rompakan kat rumah aku dulu, cam tak ade pape je

Klimaksnya adalah apabila team member aku cakap idea Political Influence in the Business in Malaysia adalah sesuatu yang kontroversi untuk jadi bahan ujikaji untuk Research Proposal. Okay, aku tidak menyalahkan lecturer yang kool di muka bumi ni, En Izwan Harith tetapi yang aku salahkan sistem pendidikan Malaysia. Team member yang dikasihi, aku tak bengang pun kat korang dengan muka annoying dan bebal di kafe tadi, aku cuma tengah berfikir tentang pendidikan yang membebalkan manusia.

Ending of the frustation ialah apabila tengan makan chicken wing aku nak terberak sambil terkenangkan cerita recording lagu berhantu, Menanti Kekasih - Alda.

Sekian, cerita frust hari ini.

No comments:

Post a Comment