BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 10, 2011

Bersih 2.0

Semalam, dengan penuh semangatnya aku bangun tidur, then gi balik rumah, aku tidur rumah kawan semalam. Aku pun terus mandi, packing bag, bubuh telekung, buku, pen, purse pastu jalan kaki gi lrt Pandan Jaya. Penat jugak lah. Aku ada satu misi je. BERSIH 2.0.

Jujurnya, aku melawan semua nasihat yang diberikan kepada aku untuk jangan menyertai rally tu, but i dont give a damn lah, mak aku tak bagi pun aku pergi gak. Mungkin juga kerana aku memang rebellious dari kecik lagi. Pelik kan, kat Malaysia ni semuanya dididik untuk jangan,jangan dan jangan. Please. Aku menolak itu.

Okayh, aku pun sampai stesen pudu, tapi x boleh join kat situ, xpe, pastu aku g masjid jamek, jalan2 jap and then aku pergi sogo. Okayh, cun. Aku dah taw da aku nak join sape, so sebelum rally start, aku duduk sorang2 kat Pertama complex, layan makan roti sardin ngan mineral water. Pastu aku g usha2 kat dataran merdeka lak. Sian pak cik tu kena mara2 ngan polis. Polis ni pun.

Pastu aku patah balik ke Sogo, ade kekecohan sebentar nampaknya. Satu soalan je, kenapa polis tengah bertugas bole layan cigar? Macam tak appropriate lak. Aku tak benci polis pun okay. Aku taw dia buat keje dia. Diorang pun ada yang terpaksa jugak, sebagai student yang belajar Human Resource, aku faham. Aku pun wat part time gak.Rasa sakit cari duit.

Btw, aku telah melencong nampaknye. Pukul 1.10 pm aku pun g cari masjid nak solat, pergilah Masjid India. Tengah amek wudhuk x pepasal polis tembak gas pemedih mata. Weh, agak2 r. Orang ngah solat kot. Kau ade masalah dengan amalan agama ke? No wonder Utusan boleh keluarkan cerita Maahad rekrut JI. Ape punye tuuurrr. Kecoh kat masjid masa tu, dengan budak - budak menangis, takut, tapi kejap je, aku yakin anak2 revolusioner ini cukup mengerti perjuangan ibu bapa mereka.

Pastu join rally, lari sana, lari sini. Tunjuk jalan kat orang. Dengar rintihan,kemarahan orang ramai. Ada jugak yang cam bengang bila tak dapat beli baju tunang, tak tau la pe nak kata. Maaf lah ye.

Pendek kata, perhimpunan ini amat kool, steady and enjoy. Aku belum pernah tengok semua kaum turun ramai2 untuk menuntut 8 perkara. Rally ni jugak, aku dapat saksikan kreativiti larian,jawapan bila kena tanya ngan polis,fesyen. Blending yang cukup kool.


Salute untuk mereka yang berani, salute untuk mereka yang ditangkap, salute untuk mereka yang telah pergi!

Orang boleh kata apa saja tentang tindakan aku, mereka x faham, aku aja yang tahu perjuangan aku.

Aku tak berjuang untuk individu, maaf, aku tak taksub kepimpinan. It is a long way to freedom!


“First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win.” Mahatma Gandhi

No comments:

Post a Comment