BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 25, 2011

-besmet kesayangan saya-

-best mates eva in my life-

 mau taw kawan yg aku sayang?
zaty . alynn . mj

jana . zaty . alyn . mj

luv u sayam

ayen onat

eija (mak org)

   
aqeela giler
kau nk taw kenapa aku syg kaw? 

kau jadi bahagian hidup aku yg sgt bermakna

terima kasih sayam!

haih~~


ya! aku tengah mengeluh. aku penat lah melayan perasaan. hurm. aku tak tau ape salah aku. tetibe kau diam macam ni. oh maaf! mmg aku pemarah,bercakap telus mcm kertas transparent. itu sikap aku.aku x tahu puji kau lambung lambungan. dan aku x tahu macammana nk bagi kau tahu aku sayang kau. haih~ aku kesal kau pergi begitu aje...atau mungkin aku yg ego. dan aku pasti dengan  kata2 aku. 2 tahun itu memang x pernah berbaloi untuk tunggu kau kerana hujungnya tetap begini. 

aku x terlalu sedih mengongoi. cuma aku kesal dengan sikap kau dan janji kau. aku boleh terima kau dalam keadaan ape pun kau. aku bg bunga, kau balas taik ayam.aku suka sikap itu. terima kasih bagi aku secebis kenangan manis semanis cekelat hersheys.

p/s: kau x tahu pun aku suka cekelat hersheys kan..=)

Sunday, January 23, 2011

~rumah terbakar panggil bomba~

semalam kan,

hari sabtu, 

hari bersejarah buat kawan2 kesayangan aku..uma sebelah dye terbakar sebab fius kat main tuh meletup..habis sambar langsir ngan sofa baru...sian..

memula ingat kan bunyik hape, ambulan ke (mungkin ade org beranak tetengah malam) pas2 jadi lah cik nam jap kat tingkap bilik...ade bomba..2 bijik lak tuh...pas2 nmpak kengkawan kitorg kat parking kete..lg la pelik..pas2 mak jah pun call diorg...baru lah taw...uma sebelah diorg terbakar..

mak jah pun nak turun tgk diorg..mak jah ajak aku..memule cm malas...pas2 mak jah kate cik reen nangis2...aku pun ikut gak la...sebab malas nk turun ialah xde sua track...pas2 aku bedal gak lah pakai jeans memalam buta..turun bawah..

pas2 tgk la diorg nye condition, yg penting hp ngan lappy tuh..purse pun tinggal kat atas..human cant live without technology..=)..pas2 still dengar bunyi meletup g...pas2 bila da ok sket baru la naik uma..amik brg2 yg patut..

en bomba kata seminggu x leh duk uma..pg ni ble tgk blk..upe2 nye uma diorang pun da terbakar sket main dye 2....nasib baik jatuhkan main switch 2 awal2...

diorg pun migrate kat uma kitowang...ramainye org...oyen pun runsing tetibe byk mak...haha..

~~Alhamdulillah~~


nik.mady.cik reen.ika.ain 
!suda selamat!


** sempena terbakar aku wat la warna merah..hehehe

Saturday, January 22, 2011

petang ari dan si oyen!

aku ada bela sekor menatang ni, kucing la.nama dye oyen. nama penuh dye azroul iskandar.kalau tgh main bola kitorang akan panggil dye david oyen.

petang tadi bawak dye jalan sebab muke dye da cm bangkai je terperuk dalam uma 2. mak jah bawak kitowg. before that, mmg saje nk bg zaty ngan janna (hausmet) kitorg tuh kua...so, aku pun call la mereka...."weh,cepat2 turun!pakai tudung sume..bawakoyen! pas2 letak...misi selesai!

dorang pun turun ngan muke jengkel, antara carutan diorg ialah aku nga layan cite la! aku nga layan novel la! aku baru nk tdo la! kalau oyen leh bcakap msti dye pun turut menjoin sesi carut marut tu.hahahau.

pas2 kitorg blah la ke taman permainan kat blakang esso maluri tu hah. niat hati mmg suci dan murni iaitu nk bawak oyen makan angin. tapi! hampess! dye start mengamuk dan cuba meng-sound anjing. anjing tu pun sedikit terkesima. cuaknye tuhan aje yg taw. takut dye ilang. nasib baik dye patah balik. pas2 terus demam!hahahaa...hawau...dye yg cari pasal, dye yang demam.

pas2 g isi minyak kat esso tu juge, mase nk kua ade pulis.ouh!terpercik kata kata cuak.semua org berlakon baik.dan, lepas! keta roadtax mati.driver xde lesen.ade skill ngan ability je.haha.masa mude2 la kne wat mende gini. correct kate dr rozmey. pas2 kekonon nak pusing2 jalan tun razak. nk g nengok menara klcc yg cm xde pekdah utk aku kecuali kinonuniya!haha!aku hanya jujur~~pas2 silap jalan.termasuk jalan ke times square!adoyai!sekali lagi indeks pengukur ketakutan meninggi.sebab ade jpj saman satu kete.jalan depan sikit.ade satu lg.adoyai!takut abes lah! pas2 kitorg pun cr jalan balik kg pandan.sampai kat roundabout tu salah masuk jalan lg!heeeeeeeeee!seb baik igt jalan tuh.jaln je pas2.da nampak kolej yg aku x syg tu.lega dah.kitorg da tlepas!yess!

tapi,seronok.da lame x menjerit sesama.walaupun sekejap.sebab x semestinya masa yang berkualiti tu masa yang lama.saya suke keseronokan itu!luv u guys!mwahhhxxx!

kredit untuk mak jah.zaty.janna.oyen.



Friday, December 10, 2010

result yang paling cam hampeh!




yeah..setelah menge-check result...aku rase da selamat...sebab mmg aku amek exam dgn keadaan sgt berisiko...da 2 sem jadi macam ni. tapi semester 4 nye result ni mmg cam hawau. i hate! i hate! haahahahaha.

mungkin sume ni pengajaran terhadap sikap sambil lewa dan main2 aku..hahaha...nasib baik aku xde repeat ape2 subjek. susa la merepeat ni, sekali aku repeat statistics...errr...seems like the end of the world..hahaha..                                                                                       
maybe pasni aku kena ubah tujuan aku belajar, lillahi taala...

selama ni aku sesat tujuan,

lepas dapat ilham dari pembacaan aku ttg Syed Mokhtar al-Bukhari,

i got it..

terima kasih Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w

semoga hati dan jiwa akan lebih menerima ilmu dan dapat aku fahami fungsi ilmu itu. aku mau contohi golongan muda korea yang sangat gigih belajar dan bekerjaya untuk memajukan negara, masyarakat dan diri.

aku juga mengambil iktibar dari warga muda negara Iran dan semestinya idola ku, pendukung mazhab ahlul bait, Mahmoud Ahmadinejad. moga2 dapat aku contohi kezuhudan, kesederhanaan dan kekuatan
 beliau.


doakan aku!





Monday, December 6, 2010

Macam - macam

Sempena kemasukan tahun baru islam ni, macam - macam jadi kat Malaysia terutamanya scene politik.

1. Demonstrasi air oleh Kerajaan Negeri Selangor. Best, tapi xde kawan nak join. Tapi kesian lah, bukannya diorang demo baling batu ke baling bom tangan ke, tu pun polis ngan fru nak baling gas pemedih mata la siap tembak pakai air lagi. Hurm, x kan nak tuntut hak air pun kena macam tuh. Bukan nak sebelahkan mana2 parti, tapi bila jadi penindasan atas perkara yang dianggap hak dah jadi perniagaan(ayat pusing2) wajarlah diorang bertindak.


2. Ketuanan Melayu yang diagung2 kan sangat. Ada kawan rapat aku kata kalau org melayu jumud kat malaysia ni sibuk cite sal ketuanan melayu, tengok dulu siapa yang jahanamkan melayu. Pakaian pun x serupa melayu. Makan belacan ala2 melayu pun dah malu. Cakap bahasa melayu pun dah gagap2. Padahal kat ic tulis melayu. Aku setuju butir bicara dia. Mana letak ketuanan melayu kalau orang melayu sibuk meranapkan bangsa sendiri? Tak percaya? Orang melayu sendiri yang sokong sangat PPSMI, org melayu sendiri yang sibuk buat movie2 yang mengarut. Klau xde cium2 peluk2 rempit dadah bohsia mesti x sah. Paling tidak pun cerita pasal gengster. Memang la benda ni jadi kat  real life, tapi kan x fikir ke benda2 ini adalah pendorong kepada moraliti. Masa sekolah rendah dulu ada kawan aku bergusti, katanya aku the rock dia lak stone cold. Nampak x? Cakap la penonton ade fikiran, boleh timbangkan baik buruk lah. Mesti ada punya. Kalau hari2 disogok cerita macam tu. Bukan nya bias, kenyataan.

3. Harga keperluan yang semakin naik. Kenapa eh? Makin lama makin naik sedangkan da janji x kan naikkan. Lepastu marah, kata x bersyukur la ape la. Macammana orang x merungut kalau barang naik tanpa kenaikan gaji. Gaji tetap sikit. Kuasa belian makin kecil dan kecil. Terseksa lah rakyat kalau macam ni. Bukan semua orang gaji lima enam ribu kat Malaysia. Nanti kata la kenaikan tu tak membebankan. Hurm, sebagai warganegara Malaysia bumi tercinta ni, cuba bagitau kat rakyat bolehke kalau harga minyak naik x memebebankan apa2? Mesti yang lain2 akan naik juga sebab semua benda memerlukan pengangkutan. Apek anta ikan kena pakai lori, lori tuh isi minyak. Aci anta sayur pun naik lori. Budak sekolah naik bas, naik van. Lainlah kalau pengangkutan Malaysia pakai sistem solar ngan hibrid kan. Ni x, kuakan kete hibrid jual kat luar negara. Elok le tu. Bila mengeluh, macam2 lah dapat, antaranya ialah pemalas, x bersyukur, gaji dapat x berkat. Tak ke kata2 org bodo tuh. Ade sorang mamat ni kata kalau nak pendapatan bertambah cari la keje lain , part time. Tapi kalau yang dah ade family tuh, anak2. Tak kan nak kerja je. Nanti bapak tu sibuk sangat keje sampai x ambil tahu sal famili. Nanti mula la keretakan institusi keluarga. Kalau jadi macam tu nanti nak tudingkan jari kat siapa? Dah tentu kena balik kat diri sendiri. Jangan la anggap semua perkara ni mudah2 belaka. Tu belum yang pinjam along lah, uatang bank x bayar lah. Pastu suruh berjimat. Rakyat xde hak ke nak nikmati semua benda yang ada depan mata? Bukan nak membazir, tapi pilihan di tangan rakyat makin lesap.
 
3. Hurm, tu belum lagi ulasan pasal perkataan "pelacur politik". Buat malu je, kita ni kan bangsa beradab, banyak pilihan bahasa. Kenapa nista begitu juga yang dipilih hanya semata mata pertahan kan hak? Orang seantero dunia memerhatikan kita. Bergaduh politik macam anak2. Sampai x nak buka fikiran nilaikan yang betul yang baik dan yang benar. Bila kita x sehaluan ngan dia, dituduh kita macam2? Hahaha. Jumud.

Hurm. Tak cukup nafas bila membebel. Cukuplah. Aku cuma berharap keadaan akan berubah.

Aku bukanlah penganalisa politik, bukan juga pengkritik bebas politik. Tapi sebagai salah seorang rakyat yang prihatin aku ada hak untuk ambil tahu dan mengulas. Sekian.

Thursday, December 2, 2010

mencintai kesunyian



waktu sunyi sepi aku, aku suka membega foto2 kesedihan dan kata2 semangat. bagi aku, sunyi sepi aku adalah masa untuk aku belek diri sendiri, mencari apa yanag kurang dan menghentikan yang lebih kerana aku mahu lebih rasional seiring dengan tumbesaran ku...hahaha..luahan sunyi aku mudah sekali..bertemankan lappy, hp lampu suluh,kipas kaki dan bantal kesayangan bersama tilam pooh pemberian ibu tercinta, Puan Asaraton Ahmad. waktu sunyi bagi aku adalah waktu rohani aku berhubungan. jasmani akan memahami kehendak rohani dan akal ku cuba mentafsir segenap kemahuan dan jika jalan itu lapang aku x segan silu memenuhi kehendak rohani ku.








aku akan sendiri sendiri bagai orang mati laki untuk aku cari penyembuh sunyi sepi. sunyi sepi adalah perkara yang aku gemar dan aku benci. aku benci kerana aku akan bersikap paranoid dan mengabaikan keadaan sekeliling.aku x mahu tahu apa yang jadi waima gosip jiranku(yg paling rugi untuk dilepaskan, ^_^) 




 dan yang aku gemar tentang sunyi sepi hidupku apabila aku mula mempersoalkan diriku dan melihat ketidakadilan dalam diriku dan juga penganiayaan orang terhdap aku. aku akan melebihkan perasaanku dan mendahulukan akal sihatku.orang tak akan nampak kerana aku seorang penyembunyi yang hebat.hahaha

dalam hujan aku nantikan rahmat, moga tertempias!

mungkin hati boleh diberi simpan

syukur saja dengan sunyi sepi, kerana ia mengilhamkan!



carilah masa untuk kamu bersunyi dan mencintai kesepian!semoga bertemu ilhamnya!